Pages

VISITORS

Wednesday 5 September 2012

Pembangunan Sahsiah.

i.
1.0    . Pengenalan  Pembangunan  Sahsiah
Pembangunan sahsiah adalah merujuk kepada perubahan tingkahlaku seseorang invidu sama ada dari segi penampilan fizikal,  bergaul dengan  cara yang boleh diterima oleh masyarakat di sekeliling beserta dengan nilai-nilai keagamaan yang dipegang oleh seseorang itu.Merujuk Kamus Dewan ( 2009) ,Sahsiah merupakan satu perkataan Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi . Peribadi pula bermaksud manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat ( kelakuan,sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Sahsiah atau personality adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang itu berfikir, berasa , bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya(Ee Ah Meng ,1999).   Menurut Mohd Nasir et al.(2006), Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun , intelek ,murni dan berdaya maju. Sahsiah  setiap manusia adalah berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Adakalanya sikap dan tingkahlaku seseorang itu boleh  dipengaruhi oleh orang lain seperti keluarga,rakan sebaya atau arits-artis yang menjadi idola mereka tetapi ia tidak akan bertahan lama kerana sikap ini akan balik kepada keadaan asalnya pada suatu masa nanti. Oleh itu lebih baik kita menjadi diri sendiri daripada menjadi orang lain. 

 


2.0    Teori-Teori Pembangunan Sahsiah
Terdapat  banyak teori yang membincangkan isu-isu berkaitan dengan pembangunan sahsiah seperti Teori Berasaskan Pendekatan Psikoanalisis,Teori Pembelajaran Sosial,Teori Pendekatan Sahsiah, Teori Pendekatan Fenomenologi dan Teori Kajian Empiris. Dalam Teori Berasaskan Pendekatan Psikoanalisis, Schultz et al (2001) berpendapat bahawa sahsiah mempunyai tiga komponen iaitu Id, Ego dan Superego. Id adalah  dorongan  naluri yang bertindak untuk mencapai kepuasan tanpa menghiraukan nilai atau moral. Ego pula adalah teras sahsiah yang mengawal kata hati dan dorongan naluri dalam meyesuaikannya dengan  kehendak realiti. Manakala Superego adalah kata hati yang mendorong seseorang itu ke arah tingkah laku bermoral untuk mencapai peringkat kesempurnaan. Menurut Anastasia (1998), manusia dilahirkan dengan perasaan rendah diri dan tidak sempurna. Oleh itu manusia mempunyai tujuan yang sama dalam hidup iaitu mencapai peringkat yang lebih sempurna. Teori Pembelajaran                                                              Sosial, menurut Mc Candles(1979), konsep kendiri adalah satu proses  pembentukan  kepercayaa                                                      dengan mencontohi orang lain   yang dikenali sebagai identifikasi dan meniru tingkah laku orang lain sebagai imitasi.                                                                      
Dalam Teori Pendekatan Sahsiah(Maslow.1968), dalam setiap diri seseorang itu terdapat kuasa penggerak yang dinamakan keperluan yang wujud mengikut hierarki.Peringkat hierarki tertinggi ialah penyempurnaan kendiri.Untuk mencapai peringkat tertinggi seseorang itu mesti dapat memenuhi keperluan asas seperti kasih sayang dan keselamatan.Teori Pendekatan Fenomenologi merupakan satu kajian yang digunakan untuk memahami bagaimana seseorang itu melihat dirinya sendiri dari segi keperluan, perasaan , penilaian , kepercayaan dan bagaimana persepsinya terhadap pengaruh alam sekitar terhadap dirinya.  Dari sudut perspektif Islam(Azizi et al(2005),[1] konsep kendiri didorong oleh sahsiah atau akhlak seseorang. Akhlak pula terbahagi kepada dua  iaitu akhlak terpuji dan akhlak terkeji. Kedua-dua akhlak ini merangkumi dua dimensi iaitu zahir yang mana ia boleh diukur dengan  mata kasar manakala akhlak batin adalah apa yang tersirat dalam hati individu. Menurut Imam al-Ghazali (1989),pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama,akidah,penghayatan al-aquran,adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki,perhubungan sesama manusia,akhlak,budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati.

3.0    Ciri-Ciri Sahsiah
 Sahsiah merangkumi empat aspek utama yang mana kesemua aspek ini cuba diterapkan kepada guru-guru melalui Kursus Pembangunan Sahsiah. Aspek pertama ialah dari segi kognitif.                                    Aspek ini  merujuk kepada cara seseorang itu berfikir.Menurut Azizi et al(2004).Kognitif dikaitkan dengan proses mental mengubah input sensor kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod,menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada.Seorang individu yang bergelar guru harus sentiasa berfikiran positif dalam banyak perkara terutama yang berkenaan dengan kerjaya untuk memastikan ia sentiasa berada dalam terkawal terutama semasa berada di tempat kerja. Sekiranya tidak,kita sudah tentu akan mengalami stress.                                         
     Stress   merupakan satu gangguan emosi yang dihasilkan kesan dari tindak balas terhadap sesuatu        perlakuan yang menyebabkan seseorang berasa risau,takut atau tidak selesa.                                                                  Adalah agak mustahil bagi kita mengelak diri dari masalah stress.Oleh itu, kita harus tahu bagaimana menanganinya  seperti melakukan senaman ringan semasa berada di sekolah ,bersukan ,berjalan-jalan,menyanyi ,memancing atau melukis pada waktu lapang.Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru, kita patut tahu menguruskan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan kerjaya kita .Contohnya, membuat perancangan awal atau menyediakan bahan bantu mengajar sebelum memulakan proses Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kita perlu bersedia dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan di samping tahu mengurus diri dan kehidupan supaya sentiasa nampak ceria , bersemangat dan berdisiplin. Aspek yang kedua ialah aspek fizikal  yang mana ia lebih cenderung kepada cara seseorang itu bertingkah laku. Seorang guru seharusnya tahu menyesuaikan diri dalam semua keadaan terutama ketika berada dalam kelompok masyarakat. Keperibadian atau sikap kita selalu jadi perhatian. Begitu juga dengan penampilan diri yang begitu sinonim dengan disiplin diri. Aspek yang ketiga ialah aspek sosial ,ia berkenaan dengan kebolehan seseorang guru bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan sama ada ketika bersama pelajar-pelajar, guru- guru lain atau masyarakat sekeliling tanpa mengira bangsa,darjat,pangkat atau kepercayaan .[2]Tanpa interaksi social yang luas dan berkesan, manusia sukar mendapat pengesahan tentang beberapa perkara yang menjadi persoalan khususnya dalam menginterpretasi aspek kendiri yang ada. Guru-guru  merupakan kelompok yang selalu berhadapan dengan situasi yang memerlukan guru  memberi atau menerima pendapat orang lain.Di dalam satu perbincangan contohnya, memang agak sukar untuk membuat keputusan jka terdapat individu yang suka menyangkal pendapat orang lain.Oleh itu adalah lebih baik jika bersikap toleransi  demi kebaikan semua pihak. Aspek ke empat ialah aspek  kerohanian. Aspek ini  wajar diberi penekanan yang serius kerana ia dapat membentuk akhlak dan keperibadian yang baik  dalam diri seseorang guru dan dapat menghindari atau menjauhi perkara-perkara yang dilarang terutama dalam Islam. Sebagai penganut ajaran Islam seorang itu hendaklah sentiasa memantapkan keimanannya kepada Allah dengan melaksanakan kewajipan agama,beramal soleh, bersyukur dan  menyempurnakan segala tanggungjawab yang berkaitan demi mengukuhkan hubungan dengan Allah . 
  Selain itu ,seorang guru perlu tahu akan kekuatan dan kelemahan diri agar dapat dimanfaatkan serta ditingkatkan. Selain dari aspek-aspek yang dinyatakan di atas , Nilai Bitara juga mengambil bahagian dalam usaha untuk membangunkan  sahsiah dan pembentukan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri guru-guru. Sebuah institusi atau sekolah tidak akan mencapai apa yang diinginkan seperti yang tertera dalam misi dan visi yang digubal jika mempunyai  barisan tenaga pengajar yang kurang berkemahiran dan tidak efisyen terhadap bidang tugas mereka.

4.0. Nilai Bitara UPSI
         Bitara bermaksud unik,unggul,tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain telah membariskan 6 nilai utama yang seharusnya ada pada  para pelajarnya  untuk membentuk sahsiah atau peribadi cemerlang.Nilai-nilai itu ialah integriti,professional,semangat berpasukan,berorientasikan pelanggan,prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Di sini kita akan melihat apa yang cuba diketengahkan oleh nilai-nilai ini.
4.1.  Integriti atau kata lainnya ketulusan ,kejujuran atau keikhlasan merupakan suatu kualiti yang harus ada pada seseorang individu .Nilai  ini juga merangkumi empat petunjuk iaitu bersikap adil,amanah,akauntabiliti dan telus yang mana setiap petunjuk ini mempunyai peranan masing-masing seperti tidak menggunakan masa bekerja untuk perkara-perkara lain,amanah dalam menjalankan tugas sebagai penyampai ilmu ,bersikap telus dan bertanggungjawab  menjalankan atau menyiapkan tugas yang diamanah dengan baik dan sempurna.
4.2.  Profesional  bermakna mempunyai kemahiran atau  keupayaan dalam apa jua bidang yang sesuai dengan profesion yang diceburi. Nilai mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta,ilmu dan kompeten. Mengutamakan kepentingan sekolah sebagai sebuah organisasi,menjaga maruah dan tidak mengaibkan guru-guru lain atau pelajar-pelajar kepada masyarakat di sekitar menunjukkan guru itu seorang yang beretika. Iltizam dapat dinilai melalui rasa bertanggungjawab dan semangat  guru  ketika menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan  tanpa mengira waktu dan tidak mengharapkan apa –apa balasan.Seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan  dan  memikirkan strategi yang berguna dalam membangunkan minda diri sendiri  dan pelajar-pelajar.Menyiapkan kerja dan mencapai tahap                                                                                   
kompetensi dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
4.3.Semangat Berpasukan   merupakan satu  cara bekerja di mana semua ahli dalam komuniti atau kumpulan akan saling bekerjasama ,tolong menolong,menghormati ahli-ahli sepasukan dan
bertolak ansur.Nilai ini mengemukakan empat petunjuk iaitu muafakat,fokus matlamat,hormat-menghormati dan bangga UPSI.Permuafakatan adalah penting dalam sesuatu organisasi kerana ia dapat mengelak salah faham yang boleh mengakibatkan pertelingkahan dan perpecahan  dalam
kumpulan. Membimbing serta memberi peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti akademik . Sikap hormat-menghormati dan saling perlu ditanam dalam diri setiap ahli kumpulan.
4.4. Berorientasikan Pelanggan  bermaksud memberi perkhidmatan yang mengutamakan kepuasan orang lain yang memerlukan perkhidmatan.Nilai ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu responsif, berkualiti,mesra dan proaktif. Responsif ialah sikap bertindak segera terutama dalam menyelesaikan tugasan dan mencari maklumat yang diperlukan  dan tidak hanya menunggu arahan semata-semata .Sebagai seorang guru sikap proaktif juga ada kepentingannya kerana kita perlu sentiasa bersedia dengan perancangan dan strategi untuk mengelak dari apa jua rintangan semasa menjalankan tugas.Mesra merupakan satu  perkataan yang menggambarkan tentang seseorang yang mudah tersenyum dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.Kemesraan yang ditunjukkan oleh seorang guru di sekolah akan mewujudkan suasana yang riang dan ceria ,secara tidak langsung mampu meningkatkan semangat ingin belajar di kalangan para pelajar.Petunjuk yang terakhir dalam nilai ini ialah berkualiti. Hasil kerja yang berkualiti dapat dinilai apabila ia menepati kriteria,mengikut standard tertentu,memuaskan dan menepati kehendak pelanggan.Ketika berada di kelas ,seorang guru  perlu menyampai dan memberi maklumat dengan tepat agar tidak menimbulkan kekeliruan pelajar.
4.5.Prihatin Kebajikan Anggota  juga mengetengahkan empat petunjuk iaitu peluang untuk maju, empati , penghargaan ,keselesaan persekitaran.Petunjuk peluang untuk maju memberi jalan kepada guru-guru atau pelajar-pelajar meningkatkan tahap pengetahuan dan jati diri dalam bidang yang diceburi  .                                          
Empati merupakan satu perasaan  tulus yang sepatutnya ada dalam diri seorang guru atau seorang pelajar. Sekiranya ada di antara kawan –kawan atau ahli keluarga yang sedang
berhadapan dengan masalah ,kita boleh menjadi pendengar yang baik walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi sekurang-kurang dapat meringankan beban tekanan mereka.Sikap ambil berat dan perihatin yang kita tunjukkan  akan membuat kawan-kawan yang bermasalah itu merasa lebih bersemangat dan lega.Petunjuk yang berikut ialah penghargaan.
       Apakah bentuk penghargaan yang kita harapkan atau beri pada orang lain ? Adakah memadai jika sekadar memberi ucapan tahniah atau syabas ? Adakah penghargaan yang berbentuk wang ringgit atau kebendaan lebih diterima dan dihargai ? Walau apa pun jenis penghargaan itu,ia tetap menjadi perkara yang sangat penting pada diri setiap invidu.Kadangkala hanya dengan senyuman sudah memadai untuk seseorang itu merasa dihargai dan menunjukkan masih ada orang yang mengambil berat terhadap mereka.Keselesaan persekitaran memainkan peranan penting dalam kehidupan. Keselesaan persekitaran dapat memotivasikan kita dalam melaksanakan tugasan harian.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti –aktiviti yang  membantu untuk tingkatkan  dan kembangkan potensi diri.
4.6. Kreatif dan inovatif. Nilai ini merupakan nilai yang terakhir dalam Nilai BitaraUPSI.Kreatif boleh diertikan sebagai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu  daripada
idea-idea yang bernas dan boleh dimanfaatkan.Nilai ini terbahagi kepada beberapa petunjuk iaitu
Berdaya cipta, penambahbaikan berterusan ,rebut peluang dan tambah nilai. Sebagai guru,seseorang kita perlu meneroka atau menambah ilmu dan kemahiran-kemahiran baru yang akan berguna terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penambahbaikan berterusan penting dalam dunia pendidikan kerana ia mencakupi banyak aspek seperti teknik pengajaran atau cara kita bekerja. Melakukan sesuatu perkara dengan menggunakan teknik yang sama setiap hari sudah semestinya mengundang kebosanan dalam diri kita. Oleh itu, kita perlu membuat pembaharuan dan penambahbaikan berterusan sama ada dari segi cara bekerja atau belajar. Kita juga perlu merebut dan tidak melepaskan  peluang yang sentiasa ada di dalam dunia pendidikan terutama peluang untuk menimba ilmu berkaitan dengan bidang tugas kita                                                                       
 sebagai pelajar atau penyebar ilmu. Penggunaan bahan media dan teknologi moden sudah menjadi satu                    
kemestian dalam era globalisasi sekarang ini. Selain itu,  melalui pembacaan kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemudiannya dikongsi bersama rakan-rakan sejawat atau pelajar-pelajar di sekolah.

5.0. Etika Profesion Perguruan
Guru adalah satu kelompok manusia yang bertanggungjawab dalam memberi ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Namun demikian, guru-guru juga terikat dengan kod etika yang menjadi garis panduan demi menjadikan guru-guru lebih,berketrampilan,berkualiti,berwibawa ,bertanggungjawab serta bersahsiah unggul  . Etika ini juga bertujuan untuk memartabatkan profesion keguruan dan kedudukan guru-guru di mata masyarakat dengan kata lain etika merupakan peraturan yang berkait rapat dengan perihal tingkah laku dan moral sesuatu organisasi.Terdapat tujuh nilai utama yang menjadi fokus  dalam  Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu amanah,benar,bijaksana,bersyukur,dedikasi dan ikhlas.Etika profesion perguruan yang ada sekarang mengkehendakan seorang guru agar menjaga perilakunya,tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah diri agar tidak mencalarkan imej profesion perguruan. Guru-guru harus mengutamakan tanggungjawab dan tumpuan terhadap pelajar-pelajar tanpa mengira bangsa,keturunan,darjat dan kepercayaan.Menanam sikap –sikap yang baik terhadap semua pelajar dengan harapan akan menjadi warganegara yang taat dan seimbang dari semua aspek dan kualiti. Jelaslah di sini bahawa kod etika yang diguna pakai di Negara ini adalah bertujuan untuk meningkat imej perguruan sesuai dengan hasrat Negara untuk melahirkan modal insan unggul.
                                                                             

                                                                                                                      
Rumusan
 Sahsiah  merupakan satu paparan sebenar tentang corak peribadi atau personality seseorang yang dapat dilihat dari semua aspek iaitu aspek fizikal,kognitif,emosi,social dan rohani yang mana kesemua aspek ini dapat mempengaruhi sikap atau perwatakan seseorang.Contohnya, seorang guru yang sentiasa berpakaian kemas ,bersopan-santun,rendah diri,ikhlas ,penyayang dan berpengetahuan luas sudah tentu akan menjadi tumpuan atau idola pelajar-pelajar dan mungkin juga dikalangan guru-guru. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi serta menyesuaikan diri dengan semua lapisan masyarakat dapat membuktikan bahawa guru itu adalah seorang mempunyai ciri-ciri sahsiah positif. Bagi membangunkan lagi sahsiah seseorang guru,kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru untuk memahami akan konsep sebenar pembangunan sahsiah berdasaskan huraian dan teori-teori  yang digunakan.Walaupun
 kita menyedari sahsiah seseorang boleh berubah mengikut  masa dan keadaan namun ia mempunyai  satu unsur yang stabil yang membolehkan kita membuat ramalan terhadap sikap atau tingkahlaku  pelajar-pelajar  atau guru-guru. Berdasarkan empat ciri sahsiah yang dikemukan kita dapati kesemua ciri ini sangat berguna kepada guru-guru kerana ia dapat mempengaruhi tingkahlaku guru-guru untuk menjadi insan yang lebih baik dan berkualiti serta menjalankan tugas dengan lebih sempurna.Nilai Bitara UPSI yang ketengahkan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif terhadap perkembangan sahsiah guru dan bakal guru . Etika Profesion Perguruan juga tidak ketinggalan  memberi sumbangan  untuk mempastikan guru-guru sentiasa berada dilandasan yang betul ,tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik serta menjadi role-model yang bersahsiah unggul yang mana dapat mempengaruhi perkembangan anak didiknya menjadi warganegara yang berguna di masa depan.

                                                                           
                                                                   
                                                                 
                                                              
                                                                                                                                      
ii . Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan  Sahsiah
      memberi kesan kepada perubahan karektor anda.                                                                                                                                                                                                                                                                       
             Pada dasarnya kursus Pembangunan Sahsiah ini adalah untuk membimbing guru-guru ke arah pembentukan sahsiah yang lebih unggul sejajar dengan hasrat Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial  dan mempunyai kualiti standing dengan guru-guru di Negara lain. Pembangunan sahsiah sebenarnya telah mula wujud dalam diri manusia sejak dilahirkan dan pembentukannya dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Faktor baka adalah terdiri daripada saiz badan,penyakit,kecerdasan dan temperamen.Manakala faktor persekitaran pula adalah didikan ibu bapa, sosioekonomi keluarga,pengalaman,budaya,pengaruh sekolah,rakan sebaya, media serta masyarakat sekeliling.Dalam Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura menyatakan bahawa tingkah laku bukan disebabkan oleh pelaziman semata-mata tetapi melalui pemerhatian dan peniruan terhadap model-model iaitu invidu yang berada di persekitaran(pembelajaran pemerhatian).Contohnya, seorang pelajar minta kebenaran untuk pergi ke tandas,apabila dia kembali ke kelas pelajar lain pula akan membuat perkara yang sama dan ini akan berlarutan sekiranya tidak di tegah oleh guru yang ada di dalam kelas berkenaan.Teori ini juga telah saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya teknik role-play dan simulasi untuk mengajar nilai-nilai murni dan sebagainya. Individu yang sedar tentang kepentingan sahsiah seharusnya cuba untuk memperbaiki dan sedaya upaya menjadikan diri mempunyai kelebihan dari orang lain.Aspek kognitif  dan aspek rohani dalam ciri-ciri sahsiah telah menjadikan saya seorang yang lebih tenang ketika berhadapan dengan sesuatu masalah .Contohnya ,dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi,saya sememangnya menghadapi pelbagai masalah terutama bahan-bahan rujukan yang agak sukar diperolehi .Saya cuba tenangkan diri dan berdoa agar tuhan memberi petunjuk dan jalan keluar dari masalah ini.Aspek rohani juga mengajar saya walau sibuk mana sekali pun,tanggungjawab dan hubungan kita  dengan yang maha berkuasa tidak harus diabaikan. Kehidupan seharian banyak mempengaruhi kerjaya.                                                           
 .Sekiranya seseorang itu menghadapi masalah peribadi sudah pasti akan menjejaskan prestasi atau kualiti kerjanya jika tidak ditangani dengan baik. Bolehkah seseorang itu menghasilkan sesuatu kerja yang baik dan sempurna sekiranya dalam keadaan yang tertekan atau fikiran yang berserabut? Jawapannya sudah tentu tidak.  Oleh itu, kita haruslah pandai untuk mengurus diri,kehidupan dan keperluan kerjaya  demi mencapai kecemerlangan potensi diri yang secara tidak langsung mempengaruhi perubahan tingkah laku pada pelajar-pelajar. Menurut Papalia et al.(2004) dalam Human Development,teori pembelajaran sosial mengutamakan proses peniruan tingkah laku individu-invidu yang ada di                                                                                           sekeliling. Ini bermakna perlakuan guru sedikit sebanyak dapat mempengaruhi proses perkembangan pelajar-pelajar dengan kata lain guru cemerlang akan menghasilkan pelajar  yang cemerlang.
Nilai Bitara UPSI yang diperkenalkan dalam kursus ini merupakan bonus kepada  guru-guru kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap professional, kredibiliti,kreativiti serta inovasi mereka.Nilai Integriti merupakan peneraju utama dalam pembentukan kualiti yang konsisten bagi mendorong prinsip moral yang  tinggi. Adil adalah salah satu petunjuk yang terdapat dalam nilai integriti yang mana petunjuk ini mengemukakan sikap adil terhadap penggunaan masa.Tidak dapat dinafikan sebagai seorang guru yang bergiat aktif dalam aktiviti ko kurikulum  selalu meninggalkan kelas untuk bertugas di luar kawasan. Sebelum pergi saya akan menyediakan lembaran kerja dengan secukupnya untuk pelajar-pelajar saya semasa ketiadaan saya.Apabila kembali ke sekolah ,saya akan menggunakan masa yang ada untuk membincangkan
berkenaan kerja-kerja yang diberi bersama mereka jika timbul permasalahan atau ada yang kurang faham . Satu contoh lagi, sekiranya saya tidak dapat melatih pemain-pemain tenis sekolah kerana menghadiri kelas tutorial, saya akan menggantikannya pada hari lain dengan menambah waktu sesi latihan. Pada saya, setiap detik yang berkaitan dengan bidang tugas saya sebagai seorang guru dan jurulatih adalah penting jika saya meninggalkannya bermakna saya berhutang masa dengan pelajar-pelajar dan setiap hutang perlu dibayar.  Semangat berpasukan dalam nilai ini memang cukup bermakna kerana bagi saya semangat berpasukan merupakan tunjang utama dalam sesuatu organisasi atau institusi untuk mencapai  sesuatu  matlamat .Jika sebelum ini saya lebih  suka membuat kerja secara solo tapi sekarang ia telah bertukar kepada kumpulan.
                                                                 
Saya dapati kerja dalam kumpulan lebih mudah asalkan ahli-ahlinya bersefahaman ,bertolak ansur dan saling menghormati. Ibarat dalam baris lagu kartun animasi Wonder Pets,” apa yang penting kerjasama”, walau susah mana sekali pun tugas kita dengan adanya kerjasama  segalanya akan menjadi mudah .
 Etika Profesion Perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan  panduan yang disediakan sebagai satu landasan kepada guru-guru untuk ikuti dan hayati  demi menjaga nama baik dan meninggikan lagi martabat guru dalam profesion ini.Etika yang pada dasarnya ialah adalah satu sistem berkenaan dengan akhlak dan tingkah laku  sesuatu orgnisasi yang merangkumi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk.Menurut William(1971),etika ialah Sains normative mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah,baik atau buruk dan lain-lain. Di sini ingin saya ketengahkan berkenaan salah satu etika profesion perguruan iaitu “ Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu-bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid-murid ke arah maltamat-matlamat yang di terima oleh masyarakat”. Di sekolah , saya selalu bertindak sebagai seorang ketua yang memberi arahan kepada orang bawahan iaitu pelajar-pelajar dengan tujuan untuk mendisiplin mereka  . Keadaan ini hampir-hampir menjauhkan saya dari pelajar-pelajar akibat kurang mengambil tahu situasi sebenar atau masalah yang mereka hadapi.Selepas itu baru lah saya sedar akan kesilapan yang telah saya lakukan. Saya sepatutnya mendekati dan mendidik pelajar-pelajar saya seperti anak-anak sendiri terutama dalam menerapkan nilai-nilai murni agar dapat membentuk mereka menjadi warganegara yang berpotensi penuh. Dalam etika ini ada disebutkan tentang amanah,benar,bijaksana,bersyukur ,dedikasi dan ikhlas yang mana kesemua aspek ini berkait rapat dengan tanggungjawab sebagai seorang guru.  
Rumusan
Usaha-usaha murni yang telah dilakukan oleh pihak UPSI dalam membina dan membentuk karektor seorang guru yang professional dan berkesan sememangnya banyak memberi manfaat dan merupakan panduan yang sangat berguna pada guru-guru atau pun bakal guru. Melalui   penerapan konsep ,pendekatan teori-teori dalam pembangunan sahsiah, penggunaan nilai bitara  serta etika profesion perguruan yang                  
 terdapat dalam kursus ini telah memberi satu impak yang baru  dalam diri saya sebagai seorang guru  .Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing .Apa yang perlu kita lakukan ialah menunjukkan rasa hormat kepada individu lain, bersedia untuk meminta maaf dan memaafkan ,mengambil berat terhadap rakan-rakan atau pelajar-pelajar serta keluarga.Menyampaikan maklumat yang dengan tepat melalui sumber yang betul dan lengkap akan menghasilkan satu  sesi pengjaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan petunjuk berkualiti.Pembangunan sahsiah yang diutarakan dalam kursus ini juga banyak memberi kesan pada diri saya kerana sebelum ini boleh di katakana saya adalah seorang yang berat mulut. Memang agak sukar bagi saya untuk menegur orang lain selain dari memberi salam. Selepas membaca dan meneliti isi kandungan modul barulah saya sedar akan kepentingan bertegur sapa yang secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk mengenali dan berkawan dengan orang berasal dari kawasan lain.
                  Aspek-aspek yang terkandung dalam etika perguruan seperti profesionalisme,integriti ,kejujuran,akauntabiliti dan pengurusan masa juga ada dalam nilai bitara . Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua perkara utama ini mempunyai persamaan dan hala tuju yang satu iaitu untuk menjadi panduan,rujukan atau bimbingan kepada para bakal guru dan guru-guru supaya menjadi individu-individu yang bertanggungjawab,bersemangat untuk bekerja,mewujudkan kerjasama dalam pasukan,berpegang kepada tingkahlaku yang baik dan sopan.Disamping itu,melalui kursus ini guru-guru akan lebih memahami akan kepentingan bersikap adil kepada semua pelajar serta mampu untuk memupuk nilai-nilai berkenaan dengan nilai-nilai keperibadian yang tinggi. Perkara sebegini amat penting terutama dalam usaha untuk melahirkan generasi pelapis yang berketrampilan dan berdisiplin.


                                                      

                                                            

                                                                                                                                                                             Bibliografi
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap.Kuala Lumpur.
         Utusan Publication & Distributors.Sdn.Bhd. 1997.
Anastasia,K.A dan Aikaterini,G. ”The Influence of Traditional Values of Education on  
        Greek Students’Real  and Ideal-Self-Concept”.Journal of Social Psychology. 1998.
Azizi Yahya et al. Psikologi Sosial. Skudai,Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.2004.
Azizi Yahya et al. Pembangunan Kendiri. Skudai,Johor. Penerbit Universiti Teknologi  
         Malaysia.2005.
Ee Ah Meng. Pedagogi –Satu Pendekatan Bersepadu. Edisi kedua.Kuala Lumpur.Penerbit Fajar 
       Bakti. Sdn.Bhd.1993.
Hergenhahn,B.R. An Introduction To Theories of Personality.NewYork : Prentice-Hall.1980.
Jaafar Muhamad.Kelakuan Organisasi.Edisi ke-2.Kuala Lumpur.Leeds Publications.1997.
McCandles,B.R. Adolescents: Behaviour and Development.New York.Holt,Rinehart and
      Winston.1979.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, et al. Konsep Kendiri .Kuala Lumpur. Planet Ilmu Sdn.Bhd.
         2000.
Schultz,D.P dan Schulz,S.E. Theories of Personality .7th edition.New York.Wadsworth Thomson
           Learning. 2001.
William,L. An Introduction to ethics. London . Methuen. 1971.








                                                                           









                                                               





















.





[1]  Azizi et al.2005. Pembangunan Kendiri.Skuda,Johori.Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. m.s 21.
[2]  Azizi et al.2004. Psikologi Sosial.Skudai,Johor.Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. m.s.70.

No comments:

Post a Comment

Places