Pages

VISITORS

Thursday 7 May 2015

OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA


OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

1.    Pendahuluan
        Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes di kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan. Ini adalah disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan serta kurang melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.Menurut statistic Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan ini telah meletakkan Malaysia pada kedudukan nombor enam di Asia mengalahkan beberapa buah Negara Asia Barat. Selain itu, juga dilaporkan bahawa hampir setengah juta remaja berumur 18 tahun ke  bawah mengalami masalah obesiti. Masalah obesity bukan sahaja berlaku di Negara kita ,malah boleh dikatakan kebanyakan Negara di dunia mengalaminya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012, menganggarkan lebih kurang 22 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan ini bermakna masalah obesiti di kalangan kanak kanak telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Kelaziman yang telah meningkat pada kadar yang membimbangkan.Di peringkat global,pada tahun 2013, bilangan kanak-kanak berlebihan berat badan di bawah usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta.
     Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan  akibat makan terlalu banyak  Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Ia akan menjadi satu penyakit apabila tisu-tisu lemak menjadi terlalu banyak. Obesiti jika tidak di kawal boleh mengakibatkan kecederaan organ-organ dalam badan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung ,tekanan darah tinggi dan diabetes. Orang yang mengalami masalah obesiti tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang berat akan membataskan pergerakan mereka.
    


  Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti lazimnya akan mengalami berat badan apabila dewasa kelak. Kenapa obesiti berlaku pada kanak-kanak?  Ia adalah kerana perubahan cara hidup,kurang melakukan aktiviti fizikal serta perubahan dalam tabiat pemakanan.
 Isu obesiti di kalangan pelajar bukan sahaja hangat dibincangkan  di dalam media tetapi juga menerusi Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah.Sehubungan itu, Ewles dan Simnet (1986) juga menyatakan bahawa pendidikan yang diusahakan  seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Pendidikan Kesihatan mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan,menyampaikan pengetahuan,menimbulkan kesedaran diri,mengubah sikap,membuat keputusan,mengubah tingkahlaku dan mengubah status social. Dengan adanya matlamat-matlamat ini diharapkan agar masalah obesity yang berlaku di kalangan pelajar atau kanak-kanak di seluruh dunia dapat di atasi.
2.    ULASAN DARI LIMA ARTIKEL.

Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap lima artikel yang telah dibaca mendapati masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan remaja sangat membimbangkan kerana jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Data yang diperolehi daripada CDC (Centers for Disease Control and Prevention) mendapati 17% peratus kanak-kanak dan remaja berumur antara 2 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat adalah obes ,berbanding dengan data yang diperolehi dari NHANES (National Health and Nutrition Examination Survey) yang telah dijalankan antara tahun 1976-1980 dan 2007 – 2008 menunjukkan perubahan dari 6.5 % kepada 19% di kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun,manakala  yang berumur 12 hinnga 19 tahun peningkatan jumlah obes adalah  dari 5.0 % kepada 19.6%.
            

   Dalam satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Youfa Wang dan Barry M Popkin [1] dan Carlos Monteiro[2] (2000),mendapati peningkatan berat badan kalangan orang dewasa dan kanak-kanak kebanyakkannya berlaku  Negara-negara yang sedang membangun dan Negara-negara berpendapatan tinggi.
                   Obesiti mempunyai etiologi kompleks yang berkaitan dengan kedua-dua genetik dan faktor persekitaran,di mana berlakunya ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan tenaga yang digunakan.Obesiti di kalangan pelajar atau kanak-kanak mungkin dapat dihindari dengan adanya kesedaran terhadap kesihatan di kalangan ibu bapa serta masyarakat sekeliling. Semua pihak perlu peka terhadap masalah ini dan mengambil tindakan yang wajar untuk menanganinya. Menurut Nyberg et aI(2011) punca obesity dalam kalangan kanak-kanak adalah pelbagai seperti tabiat makan yang tidak sihat,kurang aktiviti fizikal dan gaya hidup sedentari. Beliau juga telah mengenal pasti bahawa pengetahuan, sikap, kegemaran, cara penjagaan dan pengawalan, teladan ,kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan faktor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
    2.1   FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG OBESITI
            A.Cara Hidup
 Kanak-kanak dan remaja masa kini kurang melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan banyak pergerakan anggota badan seperti berlari,melompat dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan dapatan hasil kajian yang dinyatakan dalam kelima-lima artikel .Menonton television dan bermain permainan komputer menyebabkan kanak-kanak lebih selesa duduk di rumah.Ini menyebabkan mereka kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan. Pengurangan tahap aktiviti fizikal menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga yang turut mempengaruhi kadar rehat metabolism. Ketidak seimbangan ini mengakibatkan pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.
                   Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Wang et.al(2000)mendapati  
          jumlah kanak-kanak dan remaja yang mengalami berat badan berlebihan di     
          kawasan    bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar

       B.  Pemakanan .
Pemakanan merupakan faktor kedua  menyumbang kepada masalah obesiti. Hill  & Trowbridge(1998);Kiess et al(2001)menyatakan bahawa tabiat makan dan corak aktiviti fizikal kanak-kanak dipengaruhi oleh amalan ibu bapa dan persekitaran keluarga.Makanan segera atau makanan sejuk beku segera  begitu sinonim dengan kehidupan masa kini atau kehidupan moden yang dikatakan banyak membantu  meringankan tugas wanita yang bergelar ibu terutama mereka yang bekerja. Mungkin ramai yang tidak menyedari kebanyakan makanan segera adalah penyumbang kepada kalori yang tinggi dalam diet seharian mereka.Selain itu,produk tenusu seperti susu segar, keju atau dadih yang memang sinonim dengan protein,kalsium dan vitamin B juga mengandungi lemak. Justeru,kita disyorkan untuk mengambil susu rendah lemak.
C. Genetik.
[3]Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa juga berhadapan dengan masalah obesity.Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan berlebihan,kebarangkalian anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama 50 %. Jika kedua ibu bapa berhadapan dengan masalah obesity,kemungkinan sebanyak 80% anak mereka juga menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan.
D.Persekitaran.
Persekitaran juga dilihat mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk menjadi gemuk. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap gemuk sebagai symbol keindahan atau kemakmuran,maka kanak-kanak tersebut akan cenderung untuk untuk menjadi gemuk dan tidak akan mengalami masalah  psikologi selagi tiada pengaruh dari luar terhadap kepercayaan itu. Selain itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik juga berisiko untuk menjadi obes ini kerana kurang melakukan aktiviti fizikal atau bermain dan gaya hidup sedentary seperti menonton televisyen dalam jangka masa yang panjang.
2.2 KESAN ATAU KOMPLIKASI OBESITI
Obesiti atau kegemukan jika tidak dikawal akan menimbulkan  banyak masalah kesihatan pada seseorang individu. Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko menghidap penyakit tinggi kolesterol,diabetes jenis 2,penyakit jantung,masalah tulang dan sendi. Selain itu, kanak-kanak obes juga[4] berisiko tinggi terhadap stigmatisme social yang menyebabkan perkembangan akademik dan social yang lemah.Menurut jurnal nutrisi(2010) bagi kanak-kanak perempuan yang obes,mereka akan mengalami tahap kematangan lebih awal akibat berlakunya perubahan hormone dengan cepat di mana mereka  akan datang haid lebih cepat daripada kanak-kanak biasa. Selain itu,kanak-kanak yang obes juga berkemungkinan mempunyai IQ yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
2.3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI.
Bagi mengatasi masalah ini, ibubapa,guru-guru dan semua pihak perlu sama-sama berganding bahu untuk cari jalan penyelesaian kerana obesiti merupakan satu perkara  serius yang harus ditangani dengan segera. Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah melalui pendidikan kesihatan,ibubapa pula berperanan sebagai model untuk kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengubah sikap terlebih dahulu dengan mengubah cara pemakanan iaitu mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan menghindari makanan yang berisiko menyebabkan penyakit. Makanan berkhasiat diperlukan untuk untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental kanak-kanak untuk belajar.  Amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan bercirikan bijirin penuh serat,jenis protein yang betul,sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serta dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
             Jika di sekolah guru-guru pendidikan jasmani akan membawa kanak-kanak untuk bersenam dan bermain di padang, di rumah pula ibubapa perlu luangkan masa untuk membawa anak-anak mereka keluar untuk beriadah secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Masyarakat setempat juga perlu peka dengan masalah obesity dan mengambil inisiatif untuk sama-sama mengatasinya seperti menganjurkan ceramah-ceramah,kempen hidup sihat, mengadakan karnival sukan atau larian . Ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah ahli-ahli masyarakat sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri dan mampu mengubah sikap kepada yang lebih positif dengan menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan atau budaya di kalangan mereka. Selain itu, saringan BMI Berasaskan Penilaian Sekolah merupakan salah satu strategi yang digunakan dalam menyediakan maklumat berkenaan pemeriksaan dan pengawasan untuk mengurangkan obesity dan berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
            Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan terhadap penjualan makanan ringan sama ada di koperasi sekolah,di kantin atau di kawasan luar sekolah. Di sekolah melalui mata pelajaran PJPK, murid-murid akan diajar mengenai kesihatan diri dan keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat dan tidak sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui mata pelajaran PJPK di sekolah sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan seterusnya  cuba mengubah tingkah laku  atau tabiat pemakanan serta gaya hidup seharian mereka.
               Penggunaan media bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu kajian oleh Ruzita Abd Talib et al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari subjek sasaran (kanak-kanak) di mana mereka  menyukai buku panduan kecil berwarna warni dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka berkenaan pemakanan yang betul.
5.RUMUSAN
Obesiti atau  berlebihan berat badan merupakan satu masalah yang serius kerana ia oleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.Golongan obes selalunya individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda berbanding berat badan ideal. Berdasarkan bacaan dari lima artikel, saya mendapati semua menyatakan pemakanan, persekitaran ,genetic dan cara hidup merupakan factor yang menyumbang kepada obesity pada kalangan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Kefahaman berkenaan trend obesity kanak-kanak adalah penting kerana ia mempunyai banyak kesan buruk  terhadap kesihatan  kanak –kanak atau orang dewasa. Sepanjang abad lalu, banyak penyelidikan berkenaan nutirisi   telah dibuat dengan memberi tumpuan kepada  kemiskinan dan kurang pemakanan terutama di Negara-negara membangun.
     Pemakanan merupakan punca utama kepada masalah ini. Ibu bapa, guru-guru ,pengusaha kantin sekolah dan masyarakat setempat seharusnya peka terhadap masalah ini yang mana ia berkait rapat dengan masalah kesihatan kanak-kanak atau pelajar sekolah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian dari peringkat awal lagi. Ibubapa tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan meletakkan tanggungjawab  mengawasi pemakanan  anak-anak kepada guru semata-mata. Mereka sepatutnya bertanya pada anak mereka berkenaan makanan yang di makan semasa berada di kantin sekolah. Ibubapa  perlu memantau pemakanan  anak-anak dan menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal ,bersukan atau bermain. Ibu bapa yang gemuk mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak gemuk kerana mereka mengalami factor persekitaran dan factor genetic yang sama. Faktor genetic tidak boleh diubah.oleh itu, kita perlu perlu memberi tumpuan kepada factor persekitaran untuk mencegah obesity. Dalam satu kajian lain yang dijalankan di Mexico, kanak-kanak yang tinggal di kawasan Bandar menghabiskan sejumlah besar masa dengan menonton televisyen atau menonton video sambil makan makanan ringan .Disamping itu, siaran TV termasuk promosi pengiklanan komersial  boleh mempengaruhi pengambilan tenaga melalui penggunaan makanan ringan.
          Guru Pendidikan Kesihatan perlu menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dalam menyampaikan ilmu agar dapat menimbulkan kesedaran akan perlunya menjaga kesihatan dengan cara mengawal pemakanan .
     Selain itu, dorongan dan galakkan  perlu diberikan kepada murid-murid untuk membuat pilihan  atau keputusan  agar mereka dapat menentukan apa yang terbaik untuk mencapai tahap kesihatan  yang baik.
       Kesedaran diri yang timbul dari pengetahuan yang diterima seharusnya disusuli dengan perubahan sikap pada diri seseorang itu.Sebagai contoh, untuk menangani masalah obesiti, seseorang perlu mengawal pemakanan serta mengambil makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam  pyramid makanan disamping melakukan senaman atau aktivit  fizikal secara  teratur dan berdisiplin. Selain itu,kanak-kanak perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran kerana ini boleh memperbaiki semula kesihatan mereka.  Pernyataan ini sesuai dengan  pernyataan yang disebut oleh Nyberg et al(2011) bahawa pengetahuan,sikap,kegemaran  penjagaan dan pengawalan,teladan, kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan factor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
          Penggunaan buku panduan kesihatan juga dapat membantu memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang pentingnya mengambil makanan dengan cara yang  betul.Ia juga sesuai untuk digunakan dalam program pendidikan dan promosi pemakanan yang mensasarkan obesity kanak-kanak.
              Kanak-kanak merupakan asset Negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.Oleh itu, dengan adanya Pendidikan Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka  guru-guru dapat mencapai  matlamat masyarakat sihat  bukan sahaja di kalangan murrid-murid sekolah ,bahkan ibubapa serta masyarakat setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang penting ialah setiap ahli dalam  sesebuah masyarakat  harus bertindak dan berazam untuk  sama-sama mengubah cara hidup agar dapat dicontohi oleh anak-anak jika mahu terus menikmati hidup yang selesa hasil dari kesihatan yang berpanjangan.



[1] Carolina Population Center,School of Public Health, University of North Carolina,Chapel Hill.
[2] Department of Nutrition,School of Public Health,University of San Paolo,Brazil.

Monday 9 December 2013

Aktiviti ku 2..


Aktiviti ku...

                                         Pandu Puteri Malaysia
                          Cawangan Batang    Padang,Perak.





 Menjadi urusetia( QM) perkhemahan PBB peringkat negeri Perak di Pusat Kokurikulum Batang Padang,

Wednesday 5 September 2012

SEJARAH TANAH MELAYU


        
                                                  Jasa-Jasa Dato'Onn
Tugasan ini dibuat adalah untuk melihat sejauh manakah penglibatan Dato’Onn Jaafar yang merupakan seorang perwira negara dalam usaha mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan negara  yang lebih dikenali sebagai Tanah Melayu  pada ketika itu.Seorang pemimpin yang terkenal dengan sikap yang sederhana, berhemah tinggi,jujur, berani dan tegas mempertahankan pendiriannya.  Kesusahan yang pernah  alami semasa  hidup di hutan bersama orang- orang kampung  di zaman penjajahan Jepun  secara  tidak langsung memberi peluang kepada Dato’ Onn  untuk  mempelajari erti kemanusiaan yang sebenar.Kesedaran ini membuatkan beliau nekad untuk membangun dan menggerakkan orang –orang Melayu untuk menggagalkan hasrat penubuhan Malayan Union seterusnya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British.
Penubuhan  Independence Of Malaya Party (IMP) adalah bertujuan untuk menyatukan semua rakyat Negara ini tanpa mengira kaum  dan keturunan.Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang berpandangan jauh . Tidak dapat dinafikan bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini sebenarnya  hasil daripada perjuangan  dan usaha Dato’ Onn yang masih lagi diteruskan  dan dimurnikan oleh pemimpin-pemimpin alaf ini .


Pembangunan Sahsiah.

i.
1.0    . Pengenalan  Pembangunan  Sahsiah
Pembangunan sahsiah adalah merujuk kepada perubahan tingkahlaku seseorang invidu sama ada dari segi penampilan fizikal,  bergaul dengan  cara yang boleh diterima oleh masyarakat di sekeliling beserta dengan nilai-nilai keagamaan yang dipegang oleh seseorang itu.Merujuk Kamus Dewan ( 2009) ,Sahsiah merupakan satu perkataan Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi . Peribadi pula bermaksud manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat ( kelakuan,sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Sahsiah atau personality adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang itu berfikir, berasa , bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya(Ee Ah Meng ,1999).   Menurut Mohd Nasir et al.(2006), Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun , intelek ,murni dan berdaya maju. Sahsiah  setiap manusia adalah berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Adakalanya sikap dan tingkahlaku seseorang itu boleh  dipengaruhi oleh orang lain seperti keluarga,rakan sebaya atau arits-artis yang menjadi idola mereka tetapi ia tidak akan bertahan lama kerana sikap ini akan balik kepada keadaan asalnya pada suatu masa nanti. Oleh itu lebih baik kita menjadi diri sendiri daripada menjadi orang lain. 

Places