Pages

VISITORS

Wednesday 5 September 2012

SEJARAH TANAH MELAYU


        
                                                  Jasa-Jasa Dato'Onn
Tugasan ini dibuat adalah untuk melihat sejauh manakah penglibatan Dato’Onn Jaafar yang merupakan seorang perwira negara dalam usaha mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan negara  yang lebih dikenali sebagai Tanah Melayu  pada ketika itu.Seorang pemimpin yang terkenal dengan sikap yang sederhana, berhemah tinggi,jujur, berani dan tegas mempertahankan pendiriannya.  Kesusahan yang pernah  alami semasa  hidup di hutan bersama orang- orang kampung  di zaman penjajahan Jepun  secara  tidak langsung memberi peluang kepada Dato’ Onn  untuk  mempelajari erti kemanusiaan yang sebenar.Kesedaran ini membuatkan beliau nekad untuk membangun dan menggerakkan orang –orang Melayu untuk menggagalkan hasrat penubuhan Malayan Union seterusnya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British.
Penubuhan  Independence Of Malaya Party (IMP) adalah bertujuan untuk menyatukan semua rakyat Negara ini tanpa mengira kaum  dan keturunan.Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang berpandangan jauh . Tidak dapat dinafikan bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini sebenarnya  hasil daripada perjuangan  dan usaha Dato’ Onn yang masih lagi diteruskan  dan dimurnikan oleh pemimpin-pemimpin alaf ini .



                                                             
                                                                
.
                 
 1.0     Latar Belakang
       Dato’ Onn Bin Dato’ Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Johor Bahru.  Nama Onn Ja’afar itu sebenarnya diilhamkan oleh Kadi Besar Johor,SyedSalim Al-Attas(Fadzil Abdullah, Kassim, Thukiran,Md Zin Idros.2007) .Bapanya, Dato’ Jaafar Bin Hj Muhammad  ialah seorang  Melayu yang berketurunan Bugis berasal dari Daik  dan  lahirkan  pada  tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura. Beliau juga berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara  Kerajaan Melaka. Ibu nya bernama Hanim Rogayah seorang  wanita Timur Tengah Dekat yang berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik-beradik lelaki dan perempuan iaitu Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Khadijah,  Abdullah, Dara, Ungku Aziz, Ungku Abdul Hamid, Syed Ali, Muhammad, Ahmad, Yahya, Aisyah, Kamariah dan  Azizah.
       Dato’ Onn merupakan anak  angkat  kepada Sultan Ibrahim. Beliau telah mendapat layanan
 dan asuhan sama seperti anak-anak Sultan Ibrahim yang lain.Di katakana bahawa semasa zaman kanak-kanak, dato’Onn adalah seorang yang cergas dan lasak. Beliau telah mendapat pendidikan secara Barat  dan Timur tidak ketinggalan juga ajaran Islam  sejak kecil lagi. Pada tahun 1903, beliau berpeluang melanjutkan pelajaran ke Alderburgh  Lodge School di Suffolk, England  bersama-sama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad yang merupakan  putera - putera kepada Sultan Ibrahim. Pada  bulan Mac 1910Dato;Onn kembali ke tanah air    dengan berperawakan Barat. Kemudian beliau dihantar  
ke  Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk meneruskan pelajarannya ( di Melayukan) disana hingga tahun1911. Hasil dari penyatuan tiga corak pendidikan dan asuhan yang diperolehinya telah menyemai ketinggian nilai budi dan kasih saying dalam keluarga  serta  sikap tolak ansur dengan masyarakat sekitarnya.  Setelah tamat   pengajian, beliau pulang semula ke Johor dan bekerja sebagai kerani sambilan  di
 Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Onn berkahwin buat kali pertama dengan Rafiah  Abdullah   (berketurunan Cina) merupakan anak angkat kepada Dato’ Jaafar telah melahirkan
 tiga orang cahaya mata yang kesemuanya  adalah  perempuan. Mereka diberi nama Hawa , Rokiah dan Salehah. Semasa Salehah  (anak bongsu ) berusia 10 hari,ibunya Rafiah telah kembali ke rahmatullah.Pada tahun 1915,Dato’ Onn melangsungkan perkahwinan buat kali kedua dengan Che Jamilah dan bercerai  selepas anak lelaki mereka meninggal dunia. Dato’Onn menyertai Pasukan Tentera Johor pada tajun 1917 dan telah ditempatkan  di Pulau Belakang Mati  di Singapura dengan  berpangkat leftenan. Semasa ketiadaannya, Datin  Halimah  membantu Dato;Onn menjaga ketiga-tiga orang anak perempuannya  yang telah  kehilangan  ibu. Anwar Adullah.2004. Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah Binti Hussien pada 3 Mei 1921.  Perkahwinan ini adalah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah .
           Anwar Abdullah(2005). Semasa mudanya, Dato’ Onn terkenal sebagai seorang yang amat cergas dalam lapangan sukan,malah pernah menjadi johan selama tiga tahun berturut-turut. Dikatakan beliau seorang  juga seorang aktif dalam beberapa jenis sukan antaranya bola sepak, tenis,hoki dan kriket. Selain melibatkan diri dalam  pencak silat ,beliau juga sukakan permainan terup,mah-jong dan poker. Beliau akan datang ke rumah rakan-rakannya atau memanggil mereka datang ke rumahnya untuk bermain tetapi tidak melibatkan pertaruhan atau judi. Dato’ Onn juga seorang yang bersikap professional kerana ketika bersukan beliau akan bersukan  dan ketika berpolitik beliau akan berpolitik tanpa mencampur adukkan  hal-hal rumah tangga atau peribadi  dan lain lain. Disamping itu, Dato’ Onn juga sangat suka membaca 
terutama perkara-perkara yang berkaitan politik. Membaca bukan sekadar untuk  mengisi masa lapang tetapi bagi Dato’ Onn membaca boleh  menambah ilmu dan pengetahuan secara tidak  langsung sebagai persiapan yang akan membawa seseorang itu ke arah  kejayaan di masa depan.

2.0 Penyatu Bangsa Melayu
Pengalaman Dato’Onn hidup dalam zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan sudah semestinya memberi impak yang begitu besar kepada diri beliau dengan menonjolnya sikap keperwiraan dan kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya  sama ada di kalangan tokoh  politik  atau pemimpin kebangsaan yang sezaman dengannya. Berbalik kepada sejarah penubuhan UMNO ,Dato’Onn merupakan presidennya yang pertama selepas  persatuan-persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu yang pertama di Kelab Sultan Sulaiman,Kuala Lumpur pada 1- Mac 1946. Memandangkan beliau adalah seorang pejuang dan pemimpin yang disegani dihormati serta berani mengkritik pemerintah Inggeris maka beliau   dicadangkan untuk menjadi pemimpin kepada persatuan-persatuan Melayu pada masa itu. Sebelum itu, Za’ba atau nama sebenarnya  Zainal Abidin Ahmad (Profesor Pendita Tan Sri Zainal Abidin Ahmad) telah dicalonkan tetapi menolak dengan alasan beliau tidak layak dan mencalonkan Dato’ Onn kerana pada pendapat beliau Dato’ Onn adalah tokoh yang paling sesuai untuk  jadi pemimpin. Dua bulan dari detik itu maka lahirlah Parti UMNO( United Malay National Organisation atau  PEKEMBAR ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).  Penubuhan UMNO pada dasarnya adalah untuk menentang Malayan Union yang dilihat sebagai satu ancaman terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan raja-raja yang merupakan lambang ketuanan Melayu. Dato’Onn percaya [1]bahawa hanya melalui UMNO,umat Melayu boleh berjuang secara teratur untuk mendesak kerajaan British membubarkan kerajaan Malayan Union.
 Di samping mengelak orang-orang Melayu dari ketinggalan jauh  dari arena politik atau ekonomi. Merujuk kepada buku Malaysia Kita(2007).Faktor-faktor penting yang menyumbang kepada penentangan UMNO terhadap Malayan Union ialah pertama,  Perlembagaan MalayanUnion yang digubal oleh pegawai-pegawai British    di London hendaklah mendapat pandangan dan persetujuan dari orang-orang
 Melayu terlebih dahulu kerana ia melibatkan masa  depan orang Melayu dan Tanah Melayu.                                               
  Kedua, persetujuan dan tandatangan raja-raja Melayu ke atas Perlembagaan Malayan Union adalah tidak sah kerana ia dibuat tanpa mengikut Perlembagaan Negeri-Negeri Tanah Melayu. Mengikut adat Perlembagaan , Raja – Raja Melayu hendaklah berunding  terlebih  dahulu dengan pembesar-pembesar  Melayu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan orang asing. Ketiga , apabila Perlembagaan Malayan Union dibentang, Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang untuk membaca isi kandungan perlembagaan, mengkaji  dan membincangkannya dengan  Majlis Mesyuarat Negeri. Keempat, UMNO tidak puas hati dengan perlembagaan Malayan Union yang berkaitan dengan kedudukan  Raja-Raja Melayu. Perlembagaan ini memansuhkan kedaulatan  Raja-Raja Melayu dan juga kuasa politik  baginda ke atas negeri-negeri dalam Tanah Melayu. Di bawah perlembagaan ini, Raja-Raja Melayu  hanya menjadi Raja Kehormat atau boneka  kepada penjajah British. Kehilangan kuasa politik bermakna Raja-Raja Melayu tidak dapat melindungi hak  dan budaya orang Melayu serta masa depan orang Melayu. Kelima , syarat-syarat kerakyatan Tanah Melayu menerusi prinsip “Jus Soli” ditentang keras oleh UMNO. Syarat kerakyatan yang longgar ini akan membolehkan ramai orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu dan bilangan mereka akan melebihi jumlah bilangan orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengancam kedudukan  dan hak –hak istimewa orang Melayu. Perubahan sikap orang-orang Melayu sangat ketara lebih-lebih lagi selepas penjajahan Jepun  dan pengaruh semangat  untuk merdeka dari Indonesia. Negeri-negeri Tanah Melayu yang sekian lama berpecah kini bersatu kembali .Raja-Raja Melayu  dan rakyat Melayu sama-sama bangun dan berganding bahu menentang  Malayan Union.Malaysia Kita(2007), Rancangan Malayan Union merupakan satu peristiwa penting dalamsejarah Negara kerana ia telah membangkitkan dan menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu.Di bawah pimpinan Dato’ Onn,orang-orang Melayu  beserta Raja-Raja Melayu telah bersatu hati dan bertindak memulaukan majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gebernor pertama. Berkat kesungguhan dan permuafakatan orang-orang Melayu serta sokongan padu dari Raja-Raja akhirnya berjaya menggagalkan rancangan Malayan Union dan Setiausaha Tanah jajahan British    telah mengumumkan bahawa Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Negeri-negeri Melayu.  
                                                                              
3.0 Pengasas Perpaduan Kebangsaan
             Walaupun ,menghadapi pelbagai rintangan  dalam perjuangannya namun tidak sedikitpun dapat melemahkan semangatnya. S.Hisham Ahmad (2009). Onn Jaafar berkata,” Ini adalah Tanah Melayu- tanah orang-orang Melayu. Ini adalah hak kita,bukan sahaja dari segi sejarah,tetapi juga di sisi undang-undang. Ia tidak boleh dilepaskan dengan cara yang dilakukan oleh Sir Mac Micheal. Perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh datuk nenek kita dahulu tidak boleh disifatkan sebagai carik-carik kertas sahaja. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan perkara seumpama ini berlaku dengan begitu sahaja. Kita berazam untuk memperolehi apa yang menjadi hak kita . Sehingga itu, biar apa juga yang berlaku,kita akan berjuang terus “. Di sini kita melihat akan  kesungguhan yang ditunjuk oleh Dato’ Onn dalam perjuangan untuk mengembalikan maruah bangsa , Negara dan kuasa raja-raja Melayu .  Pada tahun 1946,Dato’ Onn pada ketika itu seorang  adalah  Pegawai Daerah Batu Pahat telah berjaya mengumpul lebih kurang 20,000 orang untuk membuat bantahan  terhadap penubuhan Malayan Union. Beliau
membakar semangat orang-orang Melayu dalam ucapannya supaya terus bersatu dan bergabung
untuk menentang rancangan jahat Inggeris. Tidak lama kemudian ,Dato’ Onn meletak jawatan  sebagai presiden UMNO secara  sukarela  kerana  cadangan   beliau untuk  membuka   keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu  dan cadangan menukar   nama UMNO kepada Pertubuhan Kebangsaan Penduduk  Tanah Melayu Bersatu telah ditentang oleh ahli –ahli UMNO.   Ini adalah  atas dasar perlembagaan iaitu UMNO hanya untuk orang Melayu sahaja.     
Perletakan jawatan sebagai presiden UMNO  secara sukarela semasa persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos  1951 merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada kepimpinan UMNO .Beliau tidak pergi bersendirian tetapi diikuti oleh kebanyakan  anggota jawatankuasanya.Tidak lama kemudian iaitu pada 16 September 1951 ,Dato’On                                                          
menubuhkan Independence of Malaya  Party (IMP) . Parti ini dibuka keahliannya kepada semua
kaum yang ada di tanah Melayu dengan satu tujuan iaitu berjuang tanpa kaum dan keturunan. Pada peringkat awal,IMP mendapat sambutan yang baik di kalangan orang-orang Cina dan                                                                          
orang-orang India tetapi keberatan untuk memberi   sokongan  sama ada dari segi                                              
sokongan moral atau material kepada IMP. Ini adalah kerena  kurangnya penglibatan orang-
orang Melayu dan penentangan mereka terhadap dasar “Malaya untuk Malayan” . Pemimpin  Cina dan pemimpin India akhirnya berpaling tadah kerana mereka sedar tanpa penyertaan oleh
orang-orang Melayu ,  pergerakan politik di Tanah Melayu tidak akan berjaya. Berbalik kepada hal penubuhan MCA(Malayan Chinese Association),ia ditubuhkan pada tahun 1949 kerana beberapa tujuan.[2]Tujuan pertama MCA ditubuhkan adalah untuk membantu  usaha mendapatkan kerjasama orang Cina dalam rancangan British memerangi pengganas komunis dan menamatkan Darurat dengan segera. Tujuan kedua adalah untuk member kesempatan kepada orang Cina di Malaya supaya mudah bersatu  dan menguatkan kedudukan mereka sebagai satu kaum.       [3]MCA telah memainkan peranan yang penting dalam rancangan menempatkan semula orang Cina yang bertani secara berselerak dan menduduki kawasan terpencil di seluruh Tanah Melayu. MIC (Malayan Indian Congress) ditubuhkan pada tahun 1946  khas untuk orang-orang India di Tanah Melayu.[4] Tujuan utamanya adalah menyuarakan fikiran kaum India tempatan mengenai kepentingan masyarakat India dalam semua lapangan hidup di Tanah Melayu. Pemimpin Cina dan pemimpin India juga beranggapan bahawa dasar yang digunakan oleh Dato’Onn hanyalah untuk menyatupadukan semua kaum dalam misi menentang dan menamatkan penjajahan di Tanah Melayu. Mereka juga bimbang akan nasib mereka di masa hadapan setelah merdeka nanti adakah kehidupan mereka lebih terjamin atau sebaliknya. Insiden ini menjadi penyebab berkuburnya IMP dan digantikan dengan Parti Negara. Penubuhan Parti Negara  kali ini adalah untuk mendapat sokongan orang Melayu dengan tujuan untuk menyatupadukan serta mempertahankan hak-hak kebangsaan Melayu demi keselamatan yang lebih terjamin. Akhirnya MCA dan MIC  telah menjadi anggota Perikatan UMNO yang mana antara manifesto mereka adalah [5]menyatupadukan  rakyat berbilang kaum dan mewujudkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Di sini kita melihat  bahawa cadangan pembukaan keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ada rasionalnya iaitu untuk menuju ke arah  keharmonian, penyatuan dan perpaduan kaum –kaum Di Tanah Melayu yang mana konsep ini masih digunakan hingga ke hari ini.

4.0  Pemikir Kemajuan Bangsa
Dato’Onn yang sememangnya sentiasa memikirkan akan nasib orang-orang Melayu telah mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA) sekarang dikenali sebagai MARA untuk membangunkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu. Penubuhan RIDA pada tahun 1950 adalah hasil perjuangan Dato’ Onn demi kemajuan orang-orang Melayu. Kelemahan orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi memang telah beliau sedari sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Jika dibandingkan dengan orang bukan Melayu , merekalah yang paling ramai dan mempunyai kedudukan yang lebih baik dalam bidang ekonomi.Menyedari akan hakikat ini, Dato’Onn telah pergi ke London untuk meminta bantuan daripada pihak British bagi menaikan taraf  ekonomi orang-orang Melayu. Berbekalkan 10,000,000 pound yang diberi oleh kerajaan British ,Dato’Onn memulakan langkahnya untuk membantu dan membuka ruang kepada orang orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di luar Bandar dalam segala perkara yang berkaitan dengan bidang perusahaan ,perniagaan  dan pertanian di seluruh  Tanah Melayu. Pada pendapat beliau ekonomi yang lemah akan mempengaruhi kedudukan politik sesebuah Negara dan tidak akan bertahan lama. Walaubagaimanapun, usaha murni ini telah di salah ertikan dan dipolitikkan oleh pihak lawan iaitu UMNO dan Ahli Perikatannya (MCA dan MIC ). Mereka menuduh Dato; Onn bersikap perkauman kerana usaha ini adalah bertujuan untuk memajukan orang-orang Melayu dan melibatkan diri dengan bidang ekonomi. Kemudian,[6]UMNO,yang menjadi teras atau tulang belakang Perikatan Berjaya mendapatkan persefahaman dan sokongan dari golongan bukan Melayu mengenai dasar atau langkah untuk menolong memajukan kebudayaan dan ekonomi orang Melayu menerusi badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,Mara, Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan),Bank Bumiputera dan lain-lain.Tidak dapat dinafikan segala usaha yang dilakukan oleh Dato’Onn untuk pembangunan orang Melayu supaya setaraf dengan kaum lain berbaloi dan masih lagi dipraktikkan hingga ke hari ini walaupun terdapat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dari pihak lawan politiknya.     
                                                    
5.0  Kesimpulan          
    Kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan yang  kita kecapi hari ini adalah hasil dari jerih perih
Dato’Onn dan seluruh rakyat Negara  ini. Walaupun berbagai rintangan dan halangan yang mendatang namun semangat juang demi menuntut keadilan dan kemerdekaan tidak pernah luntur dari hati Dato’Onn. Beliau adalah seorang nasinalis  yang sangat luhur budi pekerti,tenang tetapi tegas kesan dari asuhan dan didikan (secara Barat, Timur dan ajaran Islam) yang diterimanya semasa zaman kanak-kanak . Hal ini juga secara tidak langsung telah menimbulkan perasaan kekeluargaan, bermasyarakat ,berkebangsaan dan bertanah air di dalam jiwa Dato’ Onn.Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau bersama-sama orang Melayu telah pergi ke hutan Kempas untuk menyelamatkan diri. Di situ  beliau mempelajari erti kemanusiaan sebenar akibat kesusahan yang di alami akibat peperangan.Kejayaan beliau menggagalkan  penubuhan Malayan Union merupakan titik permulaan bagi menyatupadukan   seluruh rakyat  Tanah Melayu tanpa mengira kaum atau keturunan melalui IMP( Independence of Malaya Party).Ini jelas menunjukkan bahawa  Dato’ Onn bukan sahaja seorang yang bijak tetapi berpandangan jauh. Pendekatan ini di aplikasikan hingga ke hari ini dengan nama yang lain iaitu “Dasar I Malaysia”.
Seperti yang kita ketahui ,tujuan dasar ini adalah memperkukuhkan hubungan dan kerja sama antara rakyat berbilang kaum demi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang  aman,stabil dan maju dalam semua bidang.
Jasa-jasa beliau tidak setakat itu sahaja tetapi beliau juga bertanggungjawab  ke atas pembangunan dan kemajuan ekonomi orang-orang Melayu yang pada waktu itu tertinggal di belakang kaum-kaum lain dengan penubuhan RIDA.Selain itu Dato’ Onn juga telah[7] mewujudkan suatu dasar Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar daripada Dato’ Onn kepada  Negara.Usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu di teruskan oleh gabungan
                                                                             
Perikatan UMNO, MCA dan MIC yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada 18 Januari 1962 ,Dato’ Onn telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan dikebumikan di sebelah pusara allayarham ayahnya iaitu Dato’Jaafar .
                                                        

                                                                         
                                            



[1] FadzilAbdullah,KassimThukiman,MdZinIdros.2007.Onn Jaafar-Pejuang terbilang.Petaling Jaya.MPHPublishing.
[2] Anwar Abdullah.2005.Biografi Dato’ Onn- Hidup Melayu.Bangi.Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
[3] Ibid. m.s.193
[4] Ibid  m.s.194                                                                  7

[5] Ibid m..s 195                                                                     8
[6]    Anwar Abdullah.2005. Biografi Dato’Onn- Hidup Melayu. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
      m.s.227.
[7]  Anwar Abdullah.2005. Biografi Dato’ Onn – Hidup Melayu.Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
   m.s.261                                                                 9                                

No comments:

Post a Comment

Places