OBESITI
DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
1. Pendahuluan
Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan
dan obes di kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan. Ini
adalah disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan
serta kurang melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.Menurut
statistic Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat
Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan ini telah meletakkan Malaysia pada
kedudukan nombor enam di Asia mengalahkan beberapa buah Negara Asia Barat. Selain
itu, juga dilaporkan bahawa hampir setengah juta remaja berumur 18 tahun
ke bawah mengalami masalah obesiti. Masalah
obesity bukan sahaja berlaku di Negara kita ,malah boleh dikatakan kebanyakan
Negara di dunia mengalaminya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun
2012, menganggarkan lebih kurang 22 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami
masalah berat badan dan ini bermakna masalah obesiti di kalangan kanak kanak
telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Kelaziman
yang telah meningkat pada kadar yang membimbangkan.Di peringkat global,pada
tahun 2013, bilangan kanak-kanak berlebihan berat badan di bawah usia lima
tahun dianggarkan lebih 42 juta.
Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang
berlebihan di dalam badan seseorang. Ia akan menjadi satu penyakit apabila
tisu-tisu lemak menjadi terlalu banyak. Obesiti jika tidak di kawal boleh
mengakibatkan kecederaan organ-organ dalam badan seterusnya menyebabkan masalah
kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung ,tekanan darah tinggi dan
diabetes. Orang yang mengalami masalah obesiti tidak dapat menikmati kehidupan
mereka sepenuhnya kerana badan yang berat akan membataskan pergerakan mereka.
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti lazimnya akan mengalami
berat badan apabila dewasa kelak. Kenapa obesiti berlaku pada kanak-kanak? Ia adalah kerana perubahan cara hidup,kurang
melakukan aktiviti fizikal serta perubahan dalam tabiat pemakanan.
Isu obesiti di kalangan pelajar bukan sahaja
hangat dibincangkan di dalam media
tetapi juga menerusi Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah.Sehubungan
itu, Ewles dan Simnet (1986) juga menyatakan bahawa pendidikan yang
diusahakan seringkali bertujuan untuk
mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Pendidikan Kesihatan mempunyai
matlamatnya yang tersendiri iaitu peka atau sedar terhadap
kesihatan,menyampaikan pengetahuan,menimbulkan kesedaran diri,mengubah
sikap,membuat keputusan,mengubah tingkahlaku dan mengubah status social. Dengan
adanya matlamat-matlamat ini diharapkan agar masalah obesity yang berlaku di
kalangan pelajar atau kanak-kanak di seluruh dunia dapat di atasi.
2.
ULASAN
DARI LIMA ARTIKEL.
Berdasarkan
penelitian yang dibuat terhadap lima artikel yang telah dibaca mendapati
masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan remaja sangat membimbangkan kerana
jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Data yang diperolehi daripada
CDC (Centers for Disease Control and Prevention) mendapati 17% peratus
kanak-kanak dan remaja berumur antara 2 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat
adalah obes ,berbanding dengan data yang diperolehi dari NHANES (National
Health and Nutrition Examination Survey) yang telah dijalankan antara tahun
1976-1980 dan 2007 – 2008 menunjukkan perubahan dari 6.5 % kepada 19% di
kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun,manakala yang berumur 12 hinnga 19 tahun peningkatan
jumlah obes adalah dari 5.0 % kepada
19.6%.
Dalam satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Youfa Wang dan Barry M
Popkin [1] dan Carlos Monteiro[2] (2000),mendapati peningkatan
berat badan kalangan orang dewasa dan kanak-kanak kebanyakkannya berlaku Negara-negara yang sedang membangun dan Negara-negara
berpendapatan tinggi.
Obesiti mempunyai etiologi
kompleks yang berkaitan dengan kedua-dua genetik dan faktor persekitaran,di
mana berlakunya ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan tenaga yang
digunakan.Obesiti di kalangan pelajar atau kanak-kanak mungkin dapat dihindari
dengan adanya kesedaran terhadap kesihatan di kalangan ibu bapa serta
masyarakat sekeliling. Semua pihak perlu peka terhadap masalah ini dan
mengambil tindakan yang wajar untuk menanganinya. Menurut Nyberg et aI(2011)
punca obesity dalam kalangan kanak-kanak adalah pelbagai seperti tabiat makan
yang tidak sihat,kurang aktiviti fizikal dan gaya hidup sedentari. Beliau juga
telah mengenal pasti bahawa pengetahuan, sikap, kegemaran, cara penjagaan dan
pengawalan, teladan ,kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan faktor-faktor
yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan
seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
2.1 FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG OBESITI
A.Cara Hidup
Kanak-kanak dan remaja masa kini kurang
melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan banyak pergerakan anggota badan
seperti berlari,melompat dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan dapatan
hasil kajian yang dinyatakan dalam kelima-lima artikel .Menonton television dan
bermain permainan komputer menyebabkan kanak-kanak lebih selesa duduk di rumah.Ini
menyebabkan mereka kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal seperti
bersukan. Pengurangan tahap aktiviti fizikal menyumbang kepada pengurangan
penggunaan tenaga yang turut mempengaruhi kadar rehat metabolism. Ketidak
seimbangan ini mengakibatkan pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat
oleh Wang et.al(2000)mendapati
jumlah
kanak-kanak dan remaja yang mengalami berat badan berlebihan di
kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding
kawasan luar bandar
B.
Pemakanan .
Pemakanan
merupakan faktor
kedua menyumbang kepada masalah obesiti.
Hill & Trowbridge(1998);Kiess et
al(2001)menyatakan bahawa tabiat makan dan corak aktiviti fizikal kanak-kanak
dipengaruhi oleh amalan ibu bapa dan persekitaran keluarga.Makanan segera atau
makanan sejuk beku segera begitu sinonim
dengan kehidupan masa kini atau kehidupan moden yang dikatakan banyak
membantu meringankan tugas wanita yang
bergelar ibu terutama mereka yang bekerja. Mungkin ramai yang tidak menyedari
kebanyakan makanan segera adalah penyumbang kepada kalori yang tinggi dalam
diet seharian mereka.Selain itu,produk tenusu seperti susu segar, keju atau
dadih yang memang sinonim dengan protein,kalsium dan vitamin B juga mengandungi
lemak. Justeru,kita disyorkan untuk mengambil susu rendah lemak.
C.
Genetik.
[3]Kanak-kanak lebih cenderung mengalami
berat badan berlebihan jika ibu dan bapa juga berhadapan dengan masalah
obesity.Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan
berlebihan,kebarangkalian anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama 50
%. Jika kedua ibu bapa berhadapan dengan masalah obesity,kemungkinan sebanyak
80% anak mereka juga menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan.
D.Persekitaran.
Persekitaran juga dilihat mampu
mempengaruhi kanak-kanak untuk menjadi gemuk. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap gemuk sebagai symbol keindahan
atau kemakmuran,maka kanak-kanak tersebut akan cenderung untuk untuk menjadi
gemuk dan tidak akan mengalami masalah
psikologi selagi tiada pengaruh dari luar terhadap kepercayaan itu. Selain
itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik juga berisiko untuk menjadi
obes ini kerana kurang melakukan aktiviti fizikal atau bermain dan gaya hidup
sedentary seperti menonton televisyen dalam jangka masa yang panjang.
2.2
KESAN ATAU KOMPLIKASI OBESITI
Obesiti atau kegemukan jika tidak
dikawal akan menimbulkan banyak masalah
kesihatan pada seseorang individu. Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko
menghidap penyakit tinggi kolesterol,diabetes jenis 2,penyakit jantung,masalah
tulang dan sendi. Selain itu, kanak-kanak obes juga[4] berisiko tinggi terhadap
stigmatisme social yang menyebabkan perkembangan akademik dan social yang
lemah.Menurut jurnal nutrisi(2010) bagi kanak-kanak perempuan yang obes,mereka
akan mengalami tahap kematangan lebih awal akibat berlakunya perubahan hormone
dengan cepat di mana mereka akan datang
haid lebih cepat daripada kanak-kanak biasa. Selain itu,kanak-kanak yang obes
juga berkemungkinan mempunyai IQ yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
2.3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI.
Bagi mengatasi masalah ini,
ibubapa,guru-guru dan semua pihak perlu sama-sama berganding bahu untuk cari
jalan penyelesaian kerana obesiti merupakan satu perkara serius yang harus ditangani dengan segera.
Guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah melalui pendidikan
kesihatan,ibubapa pula berperanan sebagai model untuk kanak-kanak. Ibu bapa
perlu mengubah sikap terlebih dahulu dengan mengubah cara pemakanan iaitu
mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan menghindari makanan yang
berisiko menyebabkan penyakit. Makanan berkhasiat diperlukan untuk untuk
meningkatkan keupayaan fizikal dan mental kanak-kanak untuk belajar. Amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan
hidangan bercirikan bijirin penuh serat,jenis protein yang betul,sayur-sayuran
dan buah-buahan yang mengandungi serta dan antioksidan yang tinggi serta lemak
yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Jika di sekolah guru-guru
pendidikan jasmani akan membawa kanak-kanak untuk bersenam dan bermain di
padang, di rumah pula ibubapa perlu luangkan masa untuk membawa anak-anak
mereka keluar untuk beriadah secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan
antara ibubapa dengan anak-anak. Masyarakat setempat juga perlu peka dengan
masalah obesity dan mengambil inisiatif untuk sama-sama mengatasinya seperti
menganjurkan ceramah-ceramah,kempen hidup sihat, mengadakan karnival sukan atau
larian . Ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah ahli-ahli masyarakat sedar
akan kepentingan menjaga kesihatan diri dan mampu mengubah sikap kepada yang
lebih positif dengan menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan atau
budaya di kalangan mereka. Selain itu, saringan BMI Berasaskan Penilaian
Sekolah merupakan salah satu strategi yang digunakan dalam menyediakan maklumat
berkenaan pemeriksaan dan pengawasan untuk mengurangkan obesity dan berat badan
berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Selain itu, pihak sekolah juga
perlu membuat pemantauan terhadap penjualan makanan ringan sama ada di koperasi
sekolah,di kantin atau di kawasan luar sekolah. Di sekolah melalui mata
pelajaran PJPK, murid-murid akan diajar mengenai kesihatan diri dan
keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat dan
tidak sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui mata pelajaran PJPK di sekolah
sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan seterusnya cuba mengubah tingkah laku atau tabiat pemakanan serta gaya hidup
seharian mereka.
Penggunaan media
bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu kajian oleh Ruzita Abd Talib et
al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari subjek sasaran (kanak-kanak) di
mana mereka menyukai buku panduan kecil
berwarna warni dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pengetahuan
mereka berkenaan pemakanan yang betul.
5.RUMUSAN
Obesiti atau berlebihan berat badan merupakan satu masalah
yang serius kerana ia oleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti
kardiovaskular, kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.Golongan obes
selalunya individu yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda
berbanding berat badan ideal. Berdasarkan bacaan dari lima artikel, saya
mendapati semua menyatakan pemakanan, persekitaran ,genetic dan cara hidup
merupakan factor yang menyumbang kepada obesity pada kalangan kanak-kanak dan
remaja di seluruh dunia. Kefahaman berkenaan trend obesity kanak-kanak adalah
penting kerana ia mempunyai banyak kesan buruk
terhadap kesihatan kanak –kanak
atau orang dewasa. Sepanjang abad lalu, banyak penyelidikan berkenaan nutirisi telah
dibuat dengan memberi tumpuan kepada kemiskinan dan kurang pemakanan terutama di
Negara-negara membangun.
Pemakanan merupakan punca utama kepada masalah ini. Ibu bapa, guru-guru
,pengusaha kantin sekolah dan masyarakat setempat seharusnya peka terhadap
masalah ini yang mana ia berkait rapat dengan masalah kesihatan kanak-kanak
atau pelajar sekolah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian dari
peringkat awal lagi. Ibubapa tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan
meletakkan tanggungjawab mengawasi
pemakanan anak-anak kepada guru
semata-mata. Mereka sepatutnya bertanya pada anak mereka berkenaan makanan yang
di makan semasa berada di kantin sekolah. Ibubapa perlu memantau pemakanan anak-anak dan menggalakkan mereka untuk
melakukan aktiviti fizikal ,bersukan atau bermain. Ibu bapa yang gemuk
mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak gemuk kerana mereka mengalami
factor persekitaran dan factor genetic yang sama. Faktor genetic tidak boleh
diubah.oleh itu, kita perlu perlu memberi tumpuan kepada factor persekitaran
untuk mencegah obesity. Dalam satu kajian lain yang dijalankan di Mexico,
kanak-kanak yang tinggal di kawasan Bandar menghabiskan sejumlah besar masa
dengan menonton televisyen atau menonton video sambil makan makanan ringan .Disamping
itu, siaran TV termasuk promosi pengiklanan komersial boleh mempengaruhi pengambilan tenaga melalui
penggunaan makanan ringan.
Guru Pendidikan Kesihatan
perlu menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dalam menyampaikan ilmu
agar dapat menimbulkan kesedaran akan perlunya menjaga kesihatan dengan cara
mengawal pemakanan .
Selain itu, dorongan dan galakkan
perlu diberikan kepada murid-murid untuk membuat pilihan atau keputusan agar mereka dapat menentukan apa yang terbaik
untuk mencapai tahap kesihatan yang
baik.
Kesedaran diri yang timbul dari pengetahuan yang diterima seharusnya
disusuli dengan perubahan sikap pada diri seseorang itu.Sebagai contoh, untuk
menangani masalah obesiti, seseorang perlu mengawal pemakanan serta mengambil
makanan yang seimbang seperti yang disyorkan dalam pyramid makanan disamping melakukan senaman
atau aktivit fizikal secara teratur dan berdisiplin. Selain
itu,kanak-kanak perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran kerana ini boleh
memperbaiki semula kesihatan mereka.
Pernyataan ini sesuai dengan
pernyataan yang disebut oleh Nyberg et al(2011) bahawa
pengetahuan,sikap,kegemaran penjagaan
dan pengawalan,teladan, kesediaan dan kecekapan ibu bapa untuk berubah
merupakan factor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat makan dan
aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
Penggunaan buku panduan kesihatan
juga dapat membantu memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang pentingnya
mengambil makanan dengan cara yang betul.Ia juga sesuai untuk digunakan dalam
program pendidikan dan promosi pemakanan yang mensasarkan obesity kanak-kanak.
Kanak-kanak
merupakan asset Negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah generasi
pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.Oleh itu, dengan adanya
Pendidikan Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka guru-guru dapat mencapai matlamat masyarakat sihat bukan sahaja di kalangan murrid-murid sekolah
,bahkan ibubapa serta masyarakat setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang
penting ialah setiap ahli dalam sesebuah
masyarakat harus bertindak dan berazam
untuk sama-sama mengubah cara hidup agar
dapat dicontohi oleh anak-anak jika mahu terus menikmati hidup yang selesa
hasil dari kesihatan yang berpanjangan.
Situs Judi Slot Online Gacor Deposit Pulsa Tanpa Potongan
ReplyDeleteDaftar 경기도 출장안마 situs judi slot online terpercaya No.1 전라남도 출장샵 Indonesia. 김천 출장샵 Mainkan 화성 출장마사지 20 permainan judi slot online gacor dan slot88 Indonesia. 창원 출장안마