About Me

My Photo

 Norlela Bt Nasir . Matrix No : D20112055314 

 Group : EL- A19 (A121 PJJ) .2012/2013.   

                I'm a teacher. I like cooking,travelling,doing outdoors acitivities and playing tennis. I also like baking cakes..

Friday, 27 July 2012

Cerita di bulan Ramadhan

Hari genaplah seminggu umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.Alhamdulillah, kita bersyukur kerana dari mula bermula puasa hingga ke hari ini kita di Malaysia telah diberi keringanan oleh Allah swa kerana Ramadhan tahun ini pada saya merupakan Ramadhan yang sejuk. Cuaca yang tidak begitu terik membuat kan saya berasa segar setiap hari,tiada masalah gastrik dan mampu untuk bersukan atau bersenam.
  Ada juga kawan-kawan yang bertanya dan merasa pelik kerana melihat keadaan saya yang sentiasa ceria dan cergas walaupun tengah berpuasa.Pada saya ini semua adalah berkat dari ayat-ayat Al-Quran serta doa-doa yang baca setiap hari dan vitamin tambahan selepas bersahur.Di sini saya ingin berkongsi petua untuk mengurangkan rasa letih dan lapar atau dahaga ketika berpuasa :


1. Semasa bersahur, pastikan tidak memakan makanan yang berlemak atau banyak minyak.
2. Kurangkan makan makanan yang pedas.
3. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.
4. Lakukan senaman ringan  dan minum air kosong sebelum mandi dan solat.

Satu perkara lagi, kita perlu set minda supaya tidak memikirkan soal makan,insyaallah anda semua akan mampu untuk melakukan apa yang saya lakukan.



1 comment:

  1. Sekiranya anda ada petua-petua yang ingin dikongsi bersama,saya menunggu dengan minda yang terbuka...

    ReplyDelete

Places